Pengalaman ke Zoo Negara
Ahad, 21 September 2014. Wa telah merealisasikan salah satu impian wa iaitu untuk pergi ke Zoo Negara. Kali terahir wa pergi Zoo Negara masa wa tadika 6 tahun. Tu pun melalui rombongan dari sekolah. Kali ni wa pergi dengan seorang akak ni yang wa dah anggap macam kakak wa sendiri, Kak Maz namanya. Wa pergi dengan satu family dia naik kereta.
Sampai di Zoo mesti selfie dulu macam
biasa..Huhu
Harga tiket untuk
Warganegara Malaysia :-
Dewasa dengan MyKad – RM30
Kanak-kanak dengan MyKid – RM10
Kanak-kanak di bawah tiga tahun adalah percuma
Warga Emas – RM10
*Tapi kalau nak
tengok panda sekali harga bertambah menjadi :-*
Dewasa dengan MyKad – RM50
Kanak-kanak dengan MyKid – RM20
Kanak-kanak di bawah tiga tahun adalah percuma
Warga Emas – RM20
Then
tiba masa untuk masuk ke dalam Zoo.. Weehuu xsabarnya.. Mula-mula masuk tu wa
naik kereta ni dulu.. Kena beli tiket RM5 untuk seorang. Then kat satu tempat
tu pemandu tu akan berhentikan kita. Kalau xnak naik pun xpe.. Jalan je la.
Then kitorang jalan-jalan sambil tengok
haiwan-haiwan kat situ..
Tiba-tiba wa teringat kat salah satu episode dalam
RunningMan di mana mereka kena selesaikan misi bersama haiwan kat dalam Zoo..
Wa pun terasa nak ikut selesaikan misi-misi tu jugak..Huhuhu
ala ala MISSION RUNNINGMAN gitu..
1st Mission - Jong Kook harus membuatkan
kesemua singa naik ke atas batu dan akhirnya Jong Kook berjaya.
Tapi wa xberjaya.. Lagi dua ekor harimau xmau naik ke atas kayu tu..
2nd Mission – Kang Gary harus mengambil
gambar Flamingo buat bentuk ‘Love’ menggunakan kepala dan dia berjaya.
Wa tunggu, tunggu dan terus
tunggu tapi xberjaya jugak..
3rd Mission – Lee Kwang Soo kena memberi
Zirafah makan dan dia berjaya jugak..
Tapi wa tetap xberjaya.. Zirafah tu duduk
kat hujung sane je, tak berganjak ke sini langsung..
Nampaknya wa telah gagal melaksanakan MISSION
RUNNIGMAN.. Huuuaaarrgggggghhhh
Pukul 3 pula ada pertunjukan haiwan seperti ular, anjing
laut, burung kakak tua dll.. Apalagi serbu la.. Tapi ramai giler, xdapat tempat duduk.. Wa sampai lambat, jadi xsempat tengok pertunjukan ular.. Banyak sedih woooo.. Wa nak pegang ular.. Huuwaaaaaaaa mama, nak ular..
Lastly sebelum balik, wa bergambar dulu dengan kak
mas dan anak-anak dia.. kihkihkih
Kalau xde kenderaan sendiri boleh pergi naik
pengangkutan awam..
Cara 1 :
Mula-mula naik LRT
turun ke Stesen Wangsa Maju.
Kemudian ambil teksi ke
Zoo Negara.. Tambang teksi sekitar RM10
Tapi utk perjalanan
pulang, kebanyakan pemandu teksi yg tidak berhemah akan mengecas RM25 utk ke
LRT Wangsa Maju.
Cara 2 :
Mula-mula naik LRT
turun ke Stesen Wangsa Maju.
Kemudian naik bas Rapid KL nombor U34 ke Zoo
Negara.. Kalau was-was, Tanya pemandu bas samada bas tersebut pergi Zoo Negara
atau tidak.
Cara 3 :
Mula-mula naik LRT
turun ke Stesen Titiwangsa KL.
Kemudian naik bas Rapid KL nombor U23 ke Zoo
Negara. Kalau was-was, Tanya pemandu bas samada bas tersebut pergi Zoo Negara
atau tidak.
Oh ya.. Paling penting, waktu Zoo beroperasi adalah
dari pukul 9 pagi hingga 5 petang..
Untuk pengetahuan, wa pun xpernah lagi naik
pengangkutan awam untuk ke Zoo Negara.. Jadi mohon maaf kalau ada tersalah
info.. Tapi wa dapat cara pergi ke Zoo ni melalui Laman Rasmi Zoo Negara
sendiri..
Comments
Post a Comment