KENALI JENIS KEPUTIHAN


Masalah keputihan merupakan permasalahan sering berlaku pada kebanyakan kaum wanita. Kebanyakan wanita tidak mengetahui tentang keputihan dan penyebab keputihan terjadi dan malah yg menjadikan keputihan sebagai hal yg tidak serius. Keputihan yg tidak diatasi dengan baik, boleh mengakibatkan kanser. Kemandulan dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) menjadi salah satu akibat kerana adanya keputihan, selain itu gejala awal kanser rahim biasanya kerana adanya keputihan. Dan tentunya kanser di rahim merupakan jenis penyakit yang merbahaya yg jika tidak ditangani dengan baik, akan berakhir pada kematian. Jadi jangan anggap mudah dengan keputihan.


Jenis Keputihan

Keputihan terbagi menjadi dua jenis iaitu yang bersifat fisiologis dan Patologis.

1. Keputihan Fisiologis
⏭ Jenis keputihan ini biasanya terjadi semasa subur, serta semasa sesudah dan sebelum period. Biasanya saat waktu tersebut sering terdapat lendir yang berlebihan, itu adalah hal normal, dan biasanya tidak menyebabkan rasa gatal serta tidak berbau. Keputihan fisiologis pada wanita hamil tidak merbahaya terhadap janin, kerana adanya selaput ketuban yang dapat melindungi janin.
Keputihan fisiologis atau juga disebut keputihan Normal memiliki ciri-ciri:
• Cairan keputihannya cair
• Cairan yg keluar berwarna krim atau jernih
• Cairan yg keluar tidak berbau
• Tidak menyebabkan gatal
• Jumlah cairan yg keluar hanya sedikit


2. Keputihan Patologis
⏭ Keputihan jenis patologis disebut juga sebagai keputihan tidak normal. Jenis keputihan ini termasuk dalam golongan sejenis penyakit. Keputihan patologis dapat menyebabkan berbagai kesan dan hal ini akan mengganggu kesihatan wanita pada umumnya dan khususnya kesihatan kawasan wanita.
⏭ Keputihan patologis akan mengakibatkan meningkatnya risiko bayi lahir pramatang pada wanita hamil dan bayi pun akan turut terkena kesannya. Bayi yg terkena kesan virus berisiko mengalami gangguan pencernaan dan gangguan pernafasan hingga boleh menyebabkan bayi mengalami kematian. Dan bayi yg mengalami kesan akibat bakteria dapat menyebabkan buta pada bayi.

Keputihan patologis memiliki ciri-ciri berikut:

• Cairannya bersifat melekit
• Cairan yang keluar memiliki warna putih seperti susu, atau berwarna kuning atau juga hijau
• Keputihan patologis menyebabkan rasa gatal
• Cairan yang keluar memiliki bau yang tidak sedap
• Biasanya menyebabkan tompok2 yang terlihat pada seluar dalam wanita
• Jumlah cairan yang keluar sangat banyak.

Penyebab Keputihan

1. Faktor kebersihan yang kurang baik.
Kebersihan di daerah vagina haruslah terjaga dengan baik. Jika, daerah vagina tidak dijaga kebersihannya akan menimbulkan berbagai macam penyakit salah satunya keputihan. Hal ini menyebabkan kelembapan vagina meningkat dan hal ini membuatkan penyebab berlakunya keputihan berupa bakteria patogen akan sangat mudah untuk menyebarnya.

2. Stress.
Semua organ tubuh kerjanya di pengaruhi dan dikawal oleh otak, maka ketika otak mengalami stress hal ini dapat menyebabkan terjadinya perubahan dan keseimbangan hormon -hormon dalam tubuh dan hal ini dapat menimbulkan terjadinya keputihan.

3. Penggunaan ubat-ubatan.
Penggunaan ubat antibiotik dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan sistem imuntasi pada tubuh wanita, dan ubat antibiotik biasanya akan menyebabkan terjadinya keputihan.Malah boleh mengganggu keseimbangan hormon anda.

4. Keputihan yang disebabkan oleh kuman, bakteria dan virus


Comments

Popular posts from this blog

Cerita Seorang Perempuan Gemuk

PENYAKIT BARU KARANG

Air Rebusan Yang Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Kaum Wanita