[ 12 KEBAIKAN DETOX PADA TUBUH BADAN ]


Tengok menu-menu detox kawan-kawan kongsi rasa seram. Maklumlah tina ni "pencinta makanan" sekali menu detox ni hari-hari sayur. Arghh pitams. Tapi demi badan sihat dan bebas racun toksin, ku gagahkan diri.


Antara fungsi detox pada tubuh badan ni ialah :
.
1. MERANSANG TENAGA
✅ Detox buat badan kita lebih bertenaga. Detox menyebabkan kita kurang atau tidak ambil makanan punca toksin seperti lemak, gula, kafein dan sebagainya. Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga berpanjangan.
.
2. MENYINGKIRKAN LEBIHAN SISA BUANGAN
✅ Walaupun kita sering emmbuang tapi paatikah ianya dibuang habis? Kebanyakan program detoks dicipta utk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon utk melakukan proses ini.

✅ Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detoks kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan.
.
3. BANTU TURUNKAN BERAT
✅ Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dgn betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yg cepat.
.
4. SISTEM IMUN YANG KUAT
✅ Detox memberi peluang pada organ dalam badan berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu utk memberikan imun badan 'boost' pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dgn lebih baik dan ini termasuk vitamin C.

✅ Kebanyakan herba yg diambil semasa berdetoks akan membantu sistem limpa dan ini memainkan peranan penting pada tubuh badan.
.
5. KULIT MAKIN CANTIK
✅ Kulit kita ialah organ terbesar di dalam badan. Jadi, masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detoks. Satu cara utk membantu program detoks ialah bersauna utk membantu badan berpeluh toksin yg berlebihan.
.
6. PERNAFASAN LEBIH BAGUS
✅ Ada teori mengatakan bahawa satu penyumbang kepada mulut yg berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkannya dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik kembali, kita akan mendapati pernafasan kita kembali elok.
.
7. BANTU BADAN LEBIH SIHAT
✅ Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng atau makanan yg rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan ketagihan itu. Selalunya jika kita cuba utk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti itu, kita akan berdepan dengan keputusan yg tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yg lama.

✅ Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dgn pilihan yg lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yg lebih baik utk jangka masa panjang.
.
8. FIKIRAN YANG LEBIH TENANG
✅ Penggunaan meditasi selalunya dicadangkan sebagai cara utk kembali berhubung dgn badan semasa proses pembuangan dan pembersihan toksin.

✅ Pengikut detoks selalu mengaku bahawa mereka akan hilang perasaan keliru, dan mampu utk lebih berfikiran positif semasa berdetoks daripada tidak mengikuti program itu.
.
9. RAMBUT LEBIH SIHAT
✅ Pada masa kita melihat rambut kita, ia sudah dirasakan mati, kerana semua kesuburan berlaku bermula dengan folikel rambut. Ini adalah sebab kenapa ia penting utk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detoks yg kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruhi oleh toksin dalaman, kita akan lihat dan rasai perbezaannya.
.
10. RASA DIRI LEBIH RINGAN
✅ Antara kebaikan detoks yg dilaporkan ialah perasaan diri lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi iaitu jika kita memgikuti proses pembersihan kolon sebagai salah satu proses detoks.

✅ Apabila kita berhenti daripada makan makanan yg memberatkan tubuh badan, dan menggantikan dgn makanan yg lebih baik seperti buah-buahan organik yg segar dan sayur-sayuran, perasaan diri lebih ringan akan mudah dirasai.
.
11. ANTI PENUAAN
✅ Toksin yg sentiasa berlaku yg terpaksa badan hadapi adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika menurunkan jumlah kerosakan radikal bebas kepada tubuh, kita akan melihat perubahan bukan sahaja dalam jangka masa pendek, tetapi manfaat dalam jangka masa panjang dgn penambahan kesihatan.

✅ Apabila kita sudah selesai menjalani program detoks, ia adalah penting sekali utk tidak kembali kepada cara hidup lama yg dipenuhi dengan toksin.
.
12. PENINGKATAN RASA KESELESAAN HIDUP
✅ Apabila kita berdetoks, kita akan rasa lebih bagus, dan apabila kita rasa lebih bagus, perkara yg pelik akan berlaku. Detoks selalunya digunakan secara strategik untuk menurunkan berat badan atau melakukan rancangan diet yg baru tetapi tiada sebab yg lebih bagus selain utk merasa lebih bagus.
.
.
Tak mampu buat secara betul-betul bukanlah bermakna kena tinggalkan proses ini. Proses detox amat penting kepada badan. Tak mampu amalkan setiap hari, amalkanlah selang sehari. Tak mampu juga buatlah seminggu 2 kali.
.
Jagalah badan kita. Minum kopi boleh. Tetapi imbangi ia dengan minum air kosong beralkali sebanyak mungkin selepas itu. Moga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan motivasi utk kita sama-sama menjaga badan dengan detox.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Seorang Perempuan Gemuk

PENYAKIT BARU KARANG

Air Rebusan Yang Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Kaum Wanita