JAMU RAHSIA KECANTIKAN DALAMAN WANITA

Assalamualaikum semua.. Hari ni tangan dah xtahan nak dok diam.. Al-maklum la minggu ni busy.. Majlis adik kawin minggu ni.. So nak membloging pun kena tengok time yg free je.. Baru-baru ni ada pula yg cakap tina berubah angin nak jual produk jamu pula.. Kisahnya tina post kat dalam 1 group ni, tanya apa jamu yg terbaik.. Tina kan dah kawin,,dah beranak anak sorang.. So nak betul2 jaga dalaman.. Suplement dah wajib ambil.. Jamu pun penting utk dalaman seorang wanita.. Nak suami sayang lebihkan.. So jaga la kesihatan & kecantikan bermula dari dalaman.. Tina pencinta JAMU daripada remaja lagi tau x...Yg jamu peket2 ni memang seminggu 2kali minum.tengok gambar dekat bawah ni


Penting sangat jamu ni utk dalaman seorang wanita. Yang ada tak tahan sebab panas.. Sebenarnya bila kita makan jamu ni...pengambilan air masak kena banyak.. Kalau tak memang tak senang duduk, panas, kulit menjadi kering.. But so far daripada remaja lagi alhamdulillah tina ok je dengan Jamu ni.. Sampaikan dah kahwin ni pun, setiap minggu pasti minum jamu.. Sedap bau aroma jamu ni.. Patut la orang Indonesia ni cantik2 kan, daripada kecil lagi diajar makan jamu :)


Jadikan kebiasaan memakan ulam-ulaman. Sebab membantu utk awet muda tau tak.. Suka sangat tengok makcik tina, dah 45tahun tapi nampak muda je. Daripada dalaman sebenarnya kecantikan tu dijaga.

Yang ada tak tahan dengan bau jamu...Tapi dalam produk Eliss pun ada jugak produk berasaskan herba iaitu MarGna.. MarGna pun tina amalkan. Tamak ke?.. Rasanya tak la.. Tina memang jaga luaran dan dalaman.. Faham-faham la ye yang dah berkahwin..

Suami segala-galanya untuk kita..

Patut dalam pantang mak selalu cakap, manjakani ni bagus.. Tak banyak bertanya sangat masa tu.. Ada masa baru mak kongsi kebaikan manjakani ni..


Manjakani
Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.
Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yg sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.
Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum. Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.


Ok last sekali, tina nak share sikit resepi :) hehehee

Jamu manjakani

CARA BUAT JAMU MANJAKANI

✔ Ibu Kunyit
✔ lada putih,
✔ sireh,
✔ manjakani,
✔ gula batu,
✔ garam
✔ madu boleh beli di pasar.
(Untuk wanita campur dengan kacip fatimah jika boleh)

Cara-caranya:

Blender sireh, kunyit hidup dengan air, masak bahan tadi bersama air asam jawa, manjakani, gula batu hingga mendidih, bila sejuk tapis dan boleh diminum. Rasanya manis-manis pedas, lagi bagus jika minum dengan di masukkan telur ayam kampung.

Jika badan rasa panas selepas dua atau tiga hari minum jamu. Henti minum sehingga rasa badan sudah kembali "normal". Memang tak ada "side-effect" kerana semua bahan-bahan adalah herba kampong yang diamalkan turun temurun oleh orang tua-tua dahulu.

Sebaiknya minum jamu selepas sarapan pagi. Rajin-rajinlah minum jamu untuk tenaga dan kesihatan dalaman yang pahit tu adalah ubat yang paling mujarab sekali.

CARA Wanita yg minum jamu ini selama seminggu, akan merasa kelainan. Tiada masalah banjir kilat yg berlebihan ketika bersetubuh. Serta merasakan
cengkaman dalamannya bertenaga.

************************************************************************

CARA YANG KEDUA

Bahan-bahannya.

✔ Kunyit
✔ Halia
✔ Manjakani
✔ Gula Merah

CARA MEMBUATNYA

1. Tumbuk kunyit dan manjakani. Halia di hiris halia dan rebus bersama.
2. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan juga gula merah
3. Biarkan sejuk, tapis sebelum simpan.

Peringatan
*cukup sekadar meletakkan sebiji manjakani kerana rasanya pahit. Sekiranya anda boleh menelan jamu yang pahit boleh letak mengikut kehendak anda. Jika tak nak letak pun tak apa.
(boleh juga masukkan daun sireh.)

ambil sebiji manjakani.
asah bagian luarnya sedikit.
masukan kedalam mis V.
Amalkan & boleh mengubati keputihan & mengetatkan faraj.


Petua Menegangkan Kulit Yg Kendur

✔ Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.

✔ Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Ok sampai sini je entry kali ni,,harap bermanfaat untuk semua :) lain waktu kita onn lagi topik berkaitan penjagaan dalaman dan kesihatan k :)

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Seorang Perempuan Gemuk

PENYAKIT BARU KARANG

Air Rebusan Yang Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Kaum Wanita