KENAPA RAMBUT GUGUR ?? APAKAH PUNCANYA ?
Salam.. hai semua.. Tina nak tanya siapa ada masalah rambut gugur? Berkelemumur? Kulit kepala gatal2 tambahan wanita bertudung.. Stress kan? Takut pun ada..kdg2 terpikir, aku ni lukemia ke.. huhu..
Agaknya lah kan, kenapa rambut kita gugur? Ada banyak sebab serta faktor terjadinya rambut gugur..
1. KES PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERLEBIHAN PADA RAMBUT
✅ Ini bagi orang yg suka sgt mewarnakan rambut atau meluruskan rambut. Penggunaan warna rambut sebegini boleh merosakkan rambut hingga ke akar. Thats why boleh menyebabkan keguguran rambut utk jangka masa tertentu..
..
2. PERUBAHAN HORMON / HORMON TAK STABIL
✅ Selalunya kes sebegini terjadi pada wanita yg melahirkan anak ataupun kpd wanita yg mengandung. utk tempoh tertentu, hormon wanita setelah melahirkan anak atau mengandung ini terganggu, so menjadi penyebab utama keguguran rambut yang teruk. Pengalaman sy sendiri melahirkan anak, kebiasaan sy mengalami keguguran rambut yg teruk ketika bayi berusia dalam lingkungan 7@8 bulan hingga setahun.. Faktor hormon adalah sesuatu yg sukar utk dikawal. Means kena terima keadaan ini dan cuba cari alternatif utk kurangkan keguguran rambut.
..
3. FAKTOR GENETIK
✅ Genetik ialah faktor yg sukar dielakkan. Jika parents sememangnya mengalami masalah keguguran rambut, ini boleh juga berlaku kepada anak-anak.
..
4. ALIRAN DARAH TIDAK LANCAR
✅ Seringkali kita dengar ada certain orang mempunyai masalah perjalanan darah tidak lancar. Antara aspek yg boleh dikesan adalah seseorang itu pucat dan lesu malah kelihatan tidak berseri2. Darah yg tidak lancar mengalir pada tubuh seseorang boleh membawa kepada masalah keguguran rambut. Ini kerana aliran darah juga tidak elok berlaku disekitar kepala, yg blh membawa kpd mslh tersebut.
..
5. ANGIN
✅ Kebiasaan makan makanan berangin menjadi penyebab badan kita berangin. Badan yg berangin boleh menjadi faktor keguguran rambut.
..
6. PEMAKANAN
✅ Gaya makanan yg sihat boleh membawa kepada kuatnya akar rambut. Kena jaga pemakanan. Tidak boleh makan makanan sebarangan yang tidak sihat spt maggie dan fast food secara keterlaluan.. Utk elakkan rambut gugur, banyakkan makan sayur, buah dan yg mengandungi biotin, zink, serta vitamin B12, B6, A, dan E.
..
7. KEBERSIHAN RAMBUT
✅ Rambut terutama bagi wanita bertudung mudah terdedah kepada bau akibat diperam. Bukan shja wanita bertudung, malah orang lelaki dan wanita yg tdk bertudung juga perlu menjaga kebersihan rambut. Akibat terdedah kpd panas dan lembab menyebabkan kulit kepala tidak sihat.
Kulit kepala jika tidak dijaga kebersihan akan mudah membawa kepada jangkitan kuman. So keadaan2 ini perlu dielakkan dengan cara selalu mencuci kepala dan rambut dengan pembersih rambut yg betul.
..
8. JARANG MENCUCI RAMBUT
✅ Rambut yg jrg dicuci akan terdedah kepada keguguran. Ini kerana jika jarang dicuci, kulit kepala akan lembab dan berminyak. Rambut dlm keadaan sebegini jika terdedah kpd matahari akn menyebabkan kulit kepala berpeluh. Ini mengakibatkan folikel rambut akan menyerap peluh dan seterusnya menyebabkannya lembab dan seterusnya menyebabkan rambut gugur..
..
9. IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
✅ Jika ikatan terlalu ketat, ini akan menyebabkan kehilangan dan keguguran secara perlahan–lahan tanpa kita sedari.
10. GEMAR MENCABUT ATAU MENARIK RAMBUT
✅ Habit buruk ini harus dihentikan dengan segera! Ada sesetengah wanita gemar mencabut rambut yg “tercacak” di belahan potongan rambut. Jika diteruskan, lama kelamaan banyak kawsan yg menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tidak dihentikan dengan segera, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yg membaca kepada kehilangan rambut kekal.
..
Ok, banyak kan faktor2 penyebab gugurnya rambut kita semua. Sy sendiri pernah alami keguguran rambut yg sgt teruk. Sekali sikat je rambut, boleh tengok betapa banyaknya rambut yg gugur.. Selalu happen pd sy bila baby sy berumur lingkungan 8 bulan keatas.. so sy yakin keguguran rambut sy akibat gangguan hormon..
Comments
Post a Comment