ππ Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung ππ
1) Tidak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari
Anda tidak perlu cuci rambut setiap hari cukup setakat setiap 2 atau 3 hari sekali. Sekiranya anda ingin mencuci rambut pada sebelah pagi, pastikan anda cuci rambut anda 2 jam sebelum memakai tudung. Keringkan rambut secara semulajadi dan biarkan rambut anda bebas dan jangan bungkuskan dengan tuala.
2) Keringkan Secara Semulajadi
Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum anda memakai tudung. Elakkan dari menggunakan pengering rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda kusam dan tidak bermaya. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan rambut anda lepas bebas dan elakkan dari membungkus rambut anda dengan tuala.
3) Pilih Kain Tudung Yang Sesuai
Pemilihan kain tudung yang sesuai juga penting untuk memastikan rambut anda sentiasa sihat. Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung yang diperbuat dari material kapas kerana ia mudah memerangkap haba dan akan membuatkan kulit kepala anda cepat berpeluh. Kalau anda selesa, elakkan dari memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan kemas supaya rambut tidak terkeluar.
4) Rehatkan Rambut
Sebaik sahaja anda sampai di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala anda bernafas terlebih dahulu. Rehatkan kulit kepala anda selama setengah jam untuk memastikan peluh di kulit kepala benar-benar kering. Sebaiknya, anda buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut anda terus bertudung atau jangan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
5) Pilih Syampu Yg Sesuai
Cari syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Usah khuatir kerana sekarang ini terdapat banyak syampu yang dibuat khas untuk wanita bertudung. Pilih yang mana sesuai dengan anda.
6) Gosok kulit kepala dan rambut dgn limau purut.
Ni petua orang dulu-dulu, mungkin zaman tu tak ada syampu macam kita zaman sekarang ni, diorang just pakai apa yang ada disekeliling mereka. Pesilat pesilat pun ada pakai limau purut untuk mandi majlis mereka. Memang betul bila mandi dengan limau purut ni badan akan bau wangi 2-3 hari. Buat tiap-tiap hari Insya Allah pasti rambut akan wangi.
7) Pilih tudung yg selesa anda pakai
Pilih material tudung yg tidak memerangkap haba. Ada sesetengah tudung bila dipakai tidak selesa dan menyebabkan peluh. Peluh ni la akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan rambut akan berbau. Bila nak berjalan mula la rasa tidak selesa. Biasanya bagi cuaca seperti Malaysia yg bersuhu tinggi dan ada kelembapan kain tudung yg sesuai dipakai adalah jenis dari kain kapas (cotton) dan kain denim.
8) Sentiasa merapi rambut dan berambut pendek
Biarpun bertudung perlu memastikan rambut wangi dan selesa bila bertudung. Jika berambut pendek mungkin lebih baik kerana jika berambut panjang pasti sukar untuk mencuci dan semestinya lambat untuk keringkan rambut. Lagi satu bila berambut panjang ni lagi banyak la bakteria dan menyebabkan rambut lagi cepat berbau.
Harap senarai ni dapat membantu anda dalam menjaga rambut anda.. Jangan harapkan shampoo sahaja..
Comments
Post a Comment