KENCING TAK LAWAS


Tak kira lelaki atau perempuan, mesti akan ada yg mengalami masalah ni.. Perit untuk membuang air kecil seperti rasa tak puas selepas membuang air kecil? Adakah ini ciri-ciri penyakit kencing kotor atau UTI ( Urinary Tract Infection )

Pundi kencing yg telah dijangkiti kuman boleh menyebabkan radang pada dinding pundi kencing. Jika tak dirawat dengan tepat, ia boleh merebak ke bahagian ginjal dan seterusnya ke dalam salur darah. Jom ketahui lebih lanjut tips atasi masalah kencing tak lawas supaya tidak berlarutan.

Tapi ramai juga yg mengambil mudah dan menganggap ia masalah biasa dan kalau tidak di tangani segera, lama kelamaan boleh mengundang masalah lain pula. Bahaya tu..
.
.
Tanda Awal Jangkitan Kuman Pada Pundi Kencing
-------------------------------------------------------------------
#1. Kerap membuang air kecil

#2. Sakit semasa membuang air kecil

#3. Rasa tidak puas selepas membuang air kecil

#4. Sakit di bahagian perut

#5. Kencing berdarah

#6. Air kencing berbau busuk

#7. Demam
.
.
Tips Penjagaan Elak Risiko Berulang
-------------------------------------------------
#1. Tidak menahan apabila ingin membuang air kecil

#2. Kebersihan perlu dijaga seperti segera dikeringkan selepas membuang air kecil

#3. Amalkan cara membasuh yang betul seperti dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur masuk ke pundi kencing

#4. Membuang air kecil dengan mengosongkan pundi kencing secara berkala

#5. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari

#6. Elak menggunakan pewangi atau sabun pada bahagian kemaluan untuk mengurangkan iritasi pada bahagian vulva yg menyebabkan radang

#7. Membuang air kecil selepas berjimak (pasangan suami isteri)

#8. Mengambil makanan yg dapat mengurangkan asid dlm air kencing supaya bakteria tidak membiak dengan cepat. Segera mendapatkan nasihat doktor jika masalah semakin teruk sehingga mengganggu rutin harian utk mengenal pasti masalah dengan lebih tepat.

#9. Elak pengambilan secara berlebihan makanan pedas, minuman kafein dan alkohol kerana ia memburukkan lagi masalah pada saluran kencing

#10. Mengamalkan minum air rebusan barli mampu melawaskan kencing kerana barli mengandungi serat yg tinggi dan membantu mengurangkan rembesan asid hempedu.

Terdapat rawatan alternatif utk atasi masalah kencing tak lawas antaranya seperti pengambilan suplemen yg tinggi anti kulat dan anti radang. Ia sangat membantu mengawal jangkitan menjadi lebih teruk.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Seorang Perempuan Gemuk

PENYAKIT BARU KARANG

Air Rebusan Yang Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Kaum Wanita