PUNCA GEMUK AIR DALAM BADAN
Pernah dengar gemuk air?
Gemuk air terjadi bukan sebab minum air kosong berlebihan.
12 faktor yang menjadi penyebab berlakunya gemuk air.
Konsums kalori yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, dapat menimbulkan masalah kesihatan. Berikut di bawah adalah nilai kalori dari tiga komponen utama makanan yang dihadam :
1 gram lemak mengandungi 9 kalori
1 gram karbohidrat mengandungi 4 kalori
1 gram protein mengandungi 4 kalori
Tidak semua orang memerlukan jumlah kalori yang sama pada setiap harinya. Jumlah kalori ideal tergantung dari aktiviti fizikal seharian, jenis kelamin, berat badan, tinggi badan, dll.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.
Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Tubuh kita memang memerlukan garam terutama jenis garam yang mengandungi yodium. Keperluan garam untuk orang dewasa adalah sekitar kurang dari 1 gram dan untuk kanak-kanak jumlahnya lebih sedikit lagi. Namun kebiasaannya mengonsumi makanan yang masin memiliki kesan pada kadar garam yang sangat tinggi hingga melebihi keperluan. Garam yang menyebabkan rasa masin bisa mempengaruhi kondisi kesihatan tubuh secara global.
Makanan masin yang lazat memang akan meningkatkan nafsu makan. Namun juga boleh menyebabkan kesan bahaya yang cukup besar.
Junk food juga sering disebut sebagai makanan sampah, hal ini disebabkan junk food merupakan makanan yang banyak mengandungi kalori, namun sangat rendah gizinya. Dengan mengonsumi junk food orang tidak akan merasa kenyang, malah akan menyebabkan orang makan secara berlebihan hingga akhirnya orang akan memiliki masalah dengan berat badan dan juga kesihatannya.
JANGAN Makan Ikan Bilis yang ada KEPALA dan PERUT!!!
Tahu tak ikan bilis yang tak dibuang kepala dan perut mengandungi amat tinggi KOLESTEROL!! KOLESTEROL yang tinggi boleh menyebabkan penyakit yang kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi dan sebagainya.
Orang yang sudah mempunyai penyakit kronik lebih terdedah kepada bahaya yang boleh menyebabkan penyakit semakin teruk.
Jadi sebelum makan ikan bilis, pastikan kepala dan perut dibuang terlebih dahulu.
Berapa ramai di sini yang memang suka minum air gas ataupun bertin? Memang sedap. Saya tak nafikan. Tapi anda peka atau tidak dengan keburukan minum air bergas? Banyak akibat buruk apabila kita selalu minum minuman tak berkhasiat ini terutamanya untuk kesihatan otak, jantung dan juga hati.
Jangan pernah menganggap remeh fungsi air putih bagi tubuh, sebab akibat kurang minum air putih dapat menimbulkan pelbagai gangguan dalam tubuh Anda. Sebagaimana kita ketahui, bahawa tubuh kita sebahagian besar diisi oleh air, iaitu sekitar 60% bahagian dari tubuh orang dewasa dan 80% bahagian dari tubuh anak-anak.
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang berjimat.
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu, sebenarnya ia kurang sihat jika kita sering amalkan dan memakan pada kuantiti yang banyak secara berterusan.
Kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bukan itu sahaja, mee segera juga boleh menjejaskan kesihatan orang yang memakannya.
Seseorang yang mengabaikan atau anti makan buah-buahan dan sayur-sayuran akan menghadapi masalah besar dalam hidupnya. Tubuhnya akan menjadi ‘syurga’ berbagai macam penyakit. Berbagai ragam penyakit akibat mengabaikan menu makanan yang kaya akan gizi dan protein, iaitu buah-buahan dan sayuran segar.
Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi, buah pinggang dan pelbagai 1001 penyakit datang mengundang!
Jadi anda da baca punca-punca gemuk air ni.. Apa tindakan anda? Baca saja atau bertindak?
Comments
Post a Comment